Kesimpulan

·      Sebagai rakyat Malaysia yang Merdeka, hidup aman damai bersama keluarga dan insan yang tersayang kita mestilah sentiasa mengingati perjuangan nenek moyang kita terdahulu yang sanggup berkorban apa sahaja demi menuntut kemerdekaan tanah air daripada penjajah.

·      Perjuangan daripada tokoh-tokoh ulamak seperti Tok janggut, Mat kilau, Tok gajah, Datuk Bahaman,serta Tok kenali membuktikan bahawa bukan golongan yang mempunyai kuasa seperti pemerintah sahaja yang mampu berjuang demi tanah air, tetapi semua golongan lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab sendiri terhadap tanah air dan berjuang untuk mempertahankannya.


·      Jadikanlah kisah-kisah sejarah perjuangan ini sebagai satu pengiktibaran kepada kita supaya kita akan bersama-sama berusaha untuk memupuk satu ikatan yang kuat sesama masyarakat tanpa mengira bangsa,kaum serta agama bagi memastikan perpaduan dapat dipelihara dan pergaduhan dapat dielakkan.Hal ini bagi mengelakkan campur tangan pihak luar yang sentiasa memerhati tindak-tanduk kita dan menunggu masa untuk mengambil kesempatan atas kacau-bilau yang berlaku di dalam negara kita.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peranan Tok Janggut