Peranan Dato Bahaman

  



Latar belakang

 •  Abdul Rahman Bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato'Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu. Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.

Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.

1868-1931

v      Dalam darah keturunan Melayu mengalir semangat kepahlawanan Dato' Hang Tuah. Semangat ini takkan pernah hilang dan luntur. Inilah yang dibuktikan oleh Dato' Bahaman ketika bangkit mengetuai penentangan terhadap British di negeri Pahang pada tahun 1892. Tanpa gentar dan takut Dato' Bahaman menentang pelaksanaan Undang-Undang barat yang telah mengetepikan adat resam orang Melayu.Pada usianya 24 tahun, Dato' Bahaman dengan lantangnya menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan undang-undang tersebut. Semangat keperwiraan Dato' Bahaman amat dikagumi dan walaupun tanpa kekuatan senjata yang mencukupi, beliau tetap berupaya mempertahankan orang Melayu di negeri Pahang.

v     Nama sebenar Dato' Bahaman ialah Abdul Rahman Bin Tuanku Imam Nuh berasal dari Bangkinang, Indonesia. Beliau mahir dalam seni pertahankan diri sehingga diberi gelaran Seman Tahan. Sejarah penentangan Dato' Bahaman berpunca daripada tindakan provokasi C.E.B  Desborough yang telah menangkap anak buah Dato' Bahaman atas tuduhan mengumpul hasil hutan tanpa kebenaran dan tidak membayar cukai.

v Pembinaan balai polis di Lubuk Terua dianggap satu pencerobohan ke atas tanah orang Melayu dan menggangu kegiatan mereka menyebabkan Dato' Bahaman bangkit menentang peraturan yang menyusahkan kehidupan masyarakat tempatan.

v  Tindakan yang diambil oleh Dato' Bahaman ke atas pasukan keselamatan penjajah British yang dipimpin oleh Desborough di Lubuk Terua sehingga berjaya membunuh 3 orang polis bersenjata dan mencederakan beberapa orang lain. Dato' Bahaman berjaya melepaskan pengikut beliau yang ditahan oleh British. Dato' Bahaman seterusnya memimpin sepasukan pejuang Pahang menyerang pelbagai kemudahan milik British seperti memusnahkan gudang-gudang bekalan makanan serta barangan kepunyaan Syarikat Lombong Bijih di Bentong dan Raub. Keupayaan Dato' Bahaman mengalahkan pasukan polis British telah menyemarakkan semangat perjuangan dalam kalangan orang Melayu untuk menentang British. 

British melakukan serangan tindak balas ke atas kedudukan Dato' Bahaman dan pengikutnya serta menabur pelbagai fitnah dengan mendakwa bahawa Dato' Bahaman menulis surat kepada Residen Selangor, W.E Maxwell meminta supaya Semantan disatukan dengan Selangor. Tujuannya supaya masyarakat setempat membenci Dato Bahaman. Namun begitu usaha yang dilakukan British menemui kegagalan setelah usaha menyebarkan propaganda tidak berjaya, Inggeris mencari helah yang lebih halus dengan menggunakan nama Sultan Pahang.

v  Dato' Bahaman telah dianggap sebagai penderhaka sehingga diperintahkan oleh Sultan untuk menjawab segala tuduhan yang dibuat oleh British di Istana Pahang. Namun, Dato' Bahaman dengan bijaksana tidak berkompromi tipu muslihat British, sebaliknya bersembunyi di dalam hutan satu strategi untuk mengumpul kekuatan serta menyusun langkah seterusnya. Setelah usaha menggunakan kuasa Istana gagal, British bertindak balas dengan menahan pengikut Dato' Bahaman.

v   Dengan kehebatan dan kelicikan Dato' Bahaman, beliau berjaya membebaskan pengikutnya yang ditahan oleh pihak British sehingga menimbulkan rasa takut kepada pihak British untuk menggunakan tenteranya sendiri bagi menyerang Dato' Bahaman dan pengikutnya. British kemudian bekerjasama dengan Tengku Mahmud yang mengetui 200 askar Melayu. Ini disebabkan askar Melayu tidak mahu bekerjasama dengan askar Sikh. Namun British tetap menghantar sepasukan 60 orang tentera Sikh yang diketui oleh Kapten Summer dan Hugh Clifford dan usaha itu tetap mengalami kegagalan.

v     Dato' Bahaman bersama pengikutnya melakukan serangan balas dan dapat menawan semula Lubuk Terua. Tindakan itu membangkitkan kemarahan British ,kemudian menghantar 300 askar Melayu yang diketui oleh Tengku Ali, Clifford dan Wise cuba menggunakan askar orang asli untuk menjejaki Dato' Bahaman, namun orang asli Pahang tidak mahu bekerjasama dengan Inggeris kerana menganggap Dato' Bahaman sebagai saudara mereka.


Walau bagaimanapun, dalam satu serangan balas besar-besaran British ke atas Dato' Bahaman di  Jeram Ampai pada tahun 1894, para pejuang Pahang termasuk Dato' Bahaman terpaksa berpecah dan berundur ke dalam hutan. Tokoh pejuang Pahang ini teus menghilangkan diri dan dikatakan berundur ke Terengganu, seterusnya ke Kelantan dan menetap di Siam. Nama Dato' Bahaman terus kekal di dalam lipatan sejarah sebagai pejuang tulen yang berani menentang penjajah dan Sekolah Menengah Dato' Bahaman, Lancang didirikan mengabadikan nama tokoh pejuang ini agar tidak dilupakan oleh zaman.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peranan Tok Janggut