Peranan Mat Kilau
BIODATA
- Nama penuh beliau ialah Mat kilau bin
Imam Rasu @ Tok gajah
- Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun
1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut , Pahang .
- Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan
berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir
Pahang’.
- Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing
dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.
- Apabila berusia lebih kurang 20 tahun,
Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam
Daud, Kampung Kedondong.
- Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah
dikurniakan tiga orang anak.
- Setelah berkahwin barulah Mat Kilau
belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.
- Mat Kilau bukan sahaja belajar
bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami
silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.
SEJARAH PERJUANGAN
- Mat Kilau mempunyai sifat-sifat
seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang
pemuda yang sangat disegani dan dihormati.
- Mat Kilau mempunyai cara pemikiran
yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan,
Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau.
- Beliau suka bergaul dengan setiap
lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas
pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.
- Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang
diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat
Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati
dengan Mat Kilau.
3. BURUAN
BRITISH
- Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar
di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura .
- The Straits Times dan The Free Press menyatakan
“Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan
Siam pada bulan Oktober,1895.
- The Free Press pula memberitahu bahawa Mat
Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera
di muka dan di kepalanya.
- Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati
di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak
darah.
- Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau
oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat
umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.
- Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada
diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang
Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan
dan beberapa orang lain.
- Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar
namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
4. KELUAR
DARI PERSEMBUNYIAN
·
Pada Disember 1969, Tuhan
menggerak kan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P
2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar.
- Untuk
mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju
mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.
- Atas
daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya
iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.
- Pada
Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk
bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan
kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
- Pengisytiharan
itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah
jawatankuasa untuk menyiasat.
- Jawatankuasa
itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi
membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.
- Setelah
disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan
sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri YahyaMohdSeh.
- Setelah
empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau
meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun.
Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah
perjuangannya lebih lanjut.
Ulasan
Catat Ulasan