Pengenalan
Islam adalah agama universal untuk seluruh manusia yang tidak dikhususkan untuk bangsa tertentu dan tidak pula di batasi oleh zaman atau sempadan yang tertentu. Pada abad ke 7 sehingga abad ke 16, islam telah mula bertapak dan berkembang sehingga mencapai kegemilangannya di Nusantara seperti Tanah Melayu, Indonesia dan Patani.
Walaupun terdapat pelbagai faktor lain, Namun peranan ulama adalah lebih jelas kerana sememangnya penting dalam mempertahankan islam di nusantara. Hal ini kerana keperibadian, pendidikan serta karya-karya para ulama ini membuka mata masyarakat di nusantara untuk mempertahankan bangsa dan agama sehinggakan para ulama ini mempunyai murid murid serta para pengikut yang setia.
Perjuangan kemeredekaan di setiap bumi umat Islam adalah dipelopori oleh alim ulama walaupun sejarah ini cuba dipadamkan oleh kolompok sekular yang memerintah umat Islam. Sejarah perjuangan ulama dalam menentang penjajahan tidak didokumentasikan dengan baik sehingga mereka dituduh ulama tidak memperjuangkan kemerdekaan.
Sejarah telah merakamkan perjuangan suci para ulama membentengi akidah umat Islam semenjak negara kita menerima pengaruh Islam pada abad ke-13. Ulama kita yang berkubu di pusat-pusat pengajian Islam telah memancarkan kekuatan kepada umat Islam bagi berhadapan dengan penjajah barat. Nama-nama seperti Tuan Guru Hj. Hassan b Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut yang bangkit bermandi darah di Pasir Puteh, Kelantan pada 1915 dan Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Limbong di Terengganu telah memimpin kebangkitan ummah menentang kemaraan penjajahan British yang cuba memijak syariat Islam.
Ulasan
Catat Ulasan