Catatan

E- FOLIO PENGAJIAN MALAYSIA - DUB1012

Imej
TAJUK: PARA ULAMA ISLAM DALAM PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN TANAH MELAYU NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL WAHID - 02DEC17F1022 MUAZ BIN MOHD SHAKROL BAHADI - 02DEC17F1036 TAN ZHI AN - 02DEC17F1032 NAMA PENSYARAH: PUAN WAHIDAH BINTI MAT SAID PENGHARGAAN      Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah menyiapkan tugasan e-folio Pengajian Malaysia kami. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Pengajian Malaysia kami iaitu Puan Wahidah binti Mat Said kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dalam usaha menyiapkan tugasan ini.       Selain itu, kami juga berterima kasih kepada ibu bapa kami kerana menjadi pemudahcara dalam menjayakan kerja kursus ini. Mereka telah memberi sokongan yang tidak terhingga kepada kami. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap gerak kerja kami.          Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lan

Pengenalan

Imej
Islam adalah agama universal untuk seluruh manusia yang tidak dikhususkan untuk bangsa tertentu dan tidak pula di batasi oleh zaman atau sempadan yang tertentu. Pada abad ke 7 sehingga abad ke 16, islam telah mula bertapak dan berkembang sehingga mencapai kegemilangannya di Nusantara seperti Tanah Melayu, Indonesia dan Patani. Walaupun terdapat pelbagai faktor lain, Namun peranan ulama adalah lebih jelas kerana sememangnya penting dalam mempertahankan islam di nusantara. Hal ini kerana keperibadian, pendidikan serta karya-karya para ulama ini membuka mata masyarakat di nusantara untuk mempertahankan bangsa dan agama sehinggakan para ulama ini mempunyai murid murid serta para pengikut yang setia. Perjuangan kemeredekaan di setiap bumi umat Islam adalah dipelopori oleh alim ulama walaupun sejarah ini cuba dipadamkan oleh kolompok sekular yang memerintah umat Islam. Sejarah perjuangan ulama dalam menentang penjajahan tidak didokumentasikan dengan baik sehingga mereka dituduh ulama

Peranan Tok Janggut

Imej
Latar belakang •  Haji Mat Hassan bin Munas dikenali juga sebagai Tok Janggut. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Haji Mat Hassan mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Mekah. Beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada dan sebab itulah beliau dikenali sebagai Tok Janggut. Tok Janggut juga mahir dalam ilmu persilatan.Beliau yang menetap di Kampung Nering,bekerja sebagai petani dan peniaga.Beliau merupakan salah seorang pejuang tanah air di Kelantan yang terkorban semasa pendudukan British.   Peranan Tok Janggut Dalam Perjuangan Kemerdekaan 1.  Memperjuangkan nasib orang Melayu di Kelantan 2.  Menentang penjajah Inggeris dan Siam 3.  Menentang kerajaan Kota Bharu yang diketuai oleh tali barut penjajah Inggeris dan Siam 4.  Pejuang kebebasan 5.  Menyahut cabaran kerajaan Turki Uthmaniyyah untuk mene

Peranan Mat Kilau

Imej
               BIODATA Nama penuh beliau ialah Mat kilau bin Imam Rasu @ Tok gajah Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut , Pahang . Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.  SEJARAH PERJUANGAN  Mat Kilau mempunyai sifat-sif